Kadang-kala laksa beras yang dimasak tidak begitu lembut dan agak liat ketika dimakan. Cara untuk mendapatkan laksa yang lembut ialah basuh dan rendam terlebih dahulu laksa hingga kembang. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan lagi proses merebus nanti. Setelah itu, rebus hingga laksa betul-betul masak dan bolehlah ditutup api.
Tambahkan air lagi ke dalam bekas laksa dan direndam buat seketika. Lebih baik direndam semalaman kerana ianya akan menjadi lebih lembut. Rendaman kali terakhir ini adalah untuk memastikan laksa betul-betul lembut dan tidak liat.
Akhir sekali, bolehlah ditoskan. Anda akan mendapat laksa yang betul-betul lembut dan sangat mudah untuk dimakan. Selain itu, laksa akan menjadi lebih banyak kerana ianya kembang sepenuhnya.