Tepung Vs Hanyir Ayam / ikan

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
IzzAfina
Description

Mama saya selalu pesan untuk basuh ayam/ikan dengan tepung. Caranya mudah. Selepas bilas ayam tadi dengan air, letakkan dalam mangkuk dan taburkan beberapa sudu tepung (apa2 jenis, mama biasa guna tepung gandum/jagung) dan gaulkan ayam tadi sehingga ia diselaputi keseluruhannya. Kemudian bilas semua dengan air bersih. Dah siap untuk dimasak (tanpa bau hanyir!)
:)


Ingredients

Tepung gandum/jagung


Instructions

1. Bilas ayam/ikan dengan air seperti biasa
2. Tuskan dan letak dalam mangkuk
3. Taburkan beberapa sudu tepung
4. Gaulkan sehingga menyelaputi keseluruhan ayam
5. Bilas semula dengan air bersih dan tuskan
6. Sedia untuk dimasak tanpa risau bau hanyir!


Follow and Like Us

in social media