Semasa hendak tanak nasi, masukkan secubit garam dan biarkan ia masak.
Rebus air sampai mendidih. Masukkan telur dan kacau air tu masa tengah masak. Kemudian masak dalam 12 minit.
Masukkan minyak ke dalam kuali, masukkan juga asam gelugur 1-2 keping. Gorengkan ikan seperti biasa.
Setelah dipotong, hendaklah direndam ke dalam air yang berisi garam selama setengah jam. Kemudian, bilas bersih dan boleh digunakan dalam masakan.
Semasa membancuh adunan cucur, hendaklah digunakan air suam dalam adunan. Hasilnya, cucur akan kekal lembut walaupun telah sejuk.
Masukkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan kerang. Hasilnya, kulit kerang akan terbuka sedikit.
Ambil 2-3 batang serai, ambil daunnya dan simpulkan. Masukkan ke dalam tong beras. Kutu akan keluar dan tidak kembali lagi.
Masukkan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan cuka ke dalam mangkuk. Panaskan di dalam ketuhar selama beberapa minit. Hasilnya, ketuhar senang untuk dibersihkan dan bau pun hilang.
Perlu menggunakan 1 cawan air dan cuka. Masakkan di atas api, kesan hitam akan timbul, setelah mendidih, basuhkan kuali seperti biasa.
Pelepah pisang dipotong nipis, dan diramas dengan kerang berserta air.
Gunakan hampas kelapa dan sedikit air. Kisarkan. Hasilnya, pengisar tidak lagi berbau.
Basuh bersih ayam, lumurkan garam, kunyit dan tepung sagu kemudian goreng seperti biasa.
Sediakan uncang yang diisi dengan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Gantungkan pada tempat yang mempunyai makanan.
Masukkan 1 sudu besar mentega ke dalam adunan telur dadar, kacau sehingga sebati dan digoreng.
Ambil garam biasa, kisarkan dalam 5-10 minit. Hasilnya, mata pisau akan kekal tajam.
Gorengkan kerak nasi dengan minyak. Kerak nasi akan menyerap kotoran dari minyak masak dan minyak akan kembali jernih.
Ambil 2-3 hiris limau nipis/lemon, perahkan air dan masukkan ke dalam air suam yang dicampur pencuci pinggan mangkuk. Basuh perkakas seperti biasa.
Sebelum memotong buah, hendaklah terlebih dahulu menyapu minyak pada pisau. Hasilnya, getah buah tidak akan melekat pada pisau.
Setelah dipotong, masukkan timun ke dalam air yang dicampurkan ais dan garam. Rendam selama 7-8 minit.
Ambil setongkol arang hitam, letakkan di dalam peti sejuk. Bau yang tidak enak dari peti sejuk akan berkurang dari sehari ke sehari.
Or login with:
Or register with: