8 ketul | fillet isi ketam |
16 jejari kecil | mozarella cheese |
4 batang | sosej ayam |
10 ketul | swiss mushroom kecil (dicincang) |
32 keping | kulit popia |
1 sudu teh | tepung gandum |
4 sudu | air |
Potong fillet isi ketam kepada 2 bahagian secara memanjang. Untuk sosej pula, potong kepada 2 bahagian dan kemudian potong lagi kepada 2 bahagian. Jadi sebatang sosej akan dapat 4 bahagian.
Sediakan kulit popia sebanyak 32 keping. Di dalam satu mangkuk yang kecil, bancuh air dan tepung gandum. Tujuannya adalah untuk menampal kulit popia supaya tidak terbuka semasa menggoreng.
No comment yet. Be the first.
You must login/register to comment
Mula menyusun isi ketam, sausage, mozarella cheese dan cendawan di atas kulit popia. Gulung dengan kemas. Kemudian, gulungkan lagi selapis lagi kulit popia untuk mengelakkan cheese dan isi lain terkeluar semasa menggoreng.
Pastikan anda letak sedikit air tepung di hujung kulit popia utk menutup gulungan.
No comment yet. Be the first.
You must login/register to comment
Teruskan menggulung sehingga siap 16 biji popia kesemuanya.
No comment yet. Be the first.
You must login/register to comment
Goreng popia sehingga warna kuning keemasan dengan api yang perlahan sahaja. Sedia untuk dihidang dan boleh dimakan bersama dengan mayonis atau sos kegemaran anda.
Selamat mencuba!
No comment yet. Be the first.
You must login/register to comment
You must login/register to comment
No comment yet. Be the first.
You must login/register to comment