Pajeri Terung Utara

Masakan kesukaan kami sekeluarga . Nyummmiessss!


Prep time 10 minute(s) Cook time 30 minute(s) Total time 40 minute(s) Yield 3 person(s)

Tips

1. Rempah kari hendaklah dimasak sehingga pecah minyak .

2. Kuah pajeri hendaklah pekat dan manis.

Ingredients

2 biji terung panjang (dibelah dua & potong)
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan
1 inci halia (hiris halus)
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 keping asam gelugur
Rempah Ratus
3 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
Secukup rasa garam
Secukup rasa serbuk perasa
Secukup rasa gula

Instructions

1

Satukan serbuk kari dan kerisik dalam 1 mangkuk. Tambahkan air untuk dijadikan pes. Ketepikan.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah ratus sehingga naik bau dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga garing.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Seterusnya, masukkan pes dan tumis sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan terung dan sebatikan. Tambah sedikit air dan asam keping. Kacau.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Masukkan santan dan perasakan. Pastikan kuah pajeri ini manis mengikut kesukaan anda.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

5

Masak terung sehingga empuk tapi jangan terlalu lembik. Pabila kuah sudah pekat, tutup api dan hidangkan. Selamat mencuba!

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Recooks

Try recook this recipe and share with the owner and us

CookThis

Comment

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Follow and Like Us

in social media