Bagi penggemar kambing, mungkin ada yang tidak tahan dengan bau hamis kambing yang kuat dan semestinya ia boleh mematikan selera untuk menikmatinya. Untuk membuang bau hamis yang kuat pada kambing, apa kata anda mencuba petua ini.
1) Tepung gandum 2) Lemon
Setelah menghiris daging kambing, lumurkan ia dengan tepung gandum dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu,cuci bersih dan perah dengan lemon. Biarkan lagi selama 30 minit. Kemudian, cuci bersih dan toskan airnya. Bolehlah dimasak.