Selain dari menggunakan microwave untuk carikan coklat, kita boleh gunakan kaedah 'double boiler' untuk cairkan coklat. Didihkan air dalam periuk. Ambil satu mangkuk lain...untuk cepat gunakan mangkuk besi, atau pun boleh juga gunakan mangkuk kaca yang tahan panas. Masukkan coklat ke dalam mangkuk tu, dan letakkan mangkuk tu atas periuk yg berisi air yang sudah mendidih tadi. Perlahan kan api..dan kacau coklat perlahan-lahan. Jangan sampai masuk air dalam coklat tu, nanti coklat tu tak keras. Bila semua coklat dah cair, dalam 3-5 minit bergantung kepada kuantiti coklat yang kita cairkan. Siap!!