Cara Buat Pes Tomyam Sendiri

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
Salmiah Awang
Description

Memang mudah kalau kita nak beli pes tomyan di kedai dan pasaraya, tetapi alangkah baiknya kalau kita dapat buat sendiri.Lebih bersih dan dijamin tanpa bahan pengawet.


Ingredients

Kita cuma perlukan cili kering yang dikisar,

Sedikit udang kering,

Jus asam jawa,

Bawang merah,

Bawang putih,

Belacan,

Petis udang,

Gula merah,

Garam,

Perahan limau nipis,

Sos ikan Kalau suka.


Instructions

Kisar bahan sehingga halus,tumiskan di dalam minyak yang sudah pijar.Bila sudah masak, bolehlah disejukkan dan disimpan di dalam peti sejuk.

Bahan yang digunakan bolehlah mengikut jumlah yang kita suka.Jika kita suka pedas, bolehlah ditambah cili.Jika kita gemarkan manis, boleh juga ditambah gula merah.Kalau kita terpaksa berpantang bahan tertentu di atas ni,bolehlah dihindari.

Untuk menghasilkan tomyam,bolehlah kita mencampurkan pes yang kita hasilkan sendiri dengan serai,daun limau purut,ketumbar,hirisan bawang,udang,ayam atau sayur.

Saya tak suka mencampurnya dengan sayur kerana rasa yang saya suka akan hilang.Anda bagaimana?boleh cuba mana-mana petua yang anda suka untuk menghasilkan tomyam citarasa anda sendiri.

Selamat mencuba.


Follow and Like Us

in social media