Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.
Masukkan sehelai daun sirih atau sekeping roti ke dalam periuk nasi sebaik sahaja nasi sudah kering. Keluarkan apabila baunya sudah hilang.
Cuci dan masukkan kulit bawang ke dalam periuk nasi yang hangit.
Rebus peria terlebih dahulu tapi jangan terlalu lama. Toskan airnya dan masakseperti biasa
Bancuh 1 sudu garam dengan semangkuk air . Masukkan peria yang telah dipotong dan biarkan selama 5-10 minit. Toskan dan sedia untuk dimasak.
Rendam peria yang telah dipotong ke dalam air beras sejam sebelum dimasak.
Untuk mengelakkan masakan melekat pada kuali ketika menggoreng, tabur dahulu sedikit garam sebelum masukkan bahan yang hendak digoreng.
Semasa membeli timun, pilihlah hujungnya lebih kecil daripada bahagian kepala. Selain itu, selepas dicuci, potong sedikit bahagian hujungnya dan gesel-geselkan pada permukaan yang dipotong sehingga...
kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan t...
Rendam bawang yang hendak digunakan dalam air garam selama 15 minit. Kemudian potong bawang tersebut seperti biasa. Hasilnya mata anda tidak akan pedih.
Simpan bawang yang hendak digunakan beberapa jam dalam petisejuk sebelum dipotong. Hasilnya mata anda tidak akan pedih.
Ketika membeli ikan, pilihlah ikan yang bermata jernih (tidak merah) dan insang merah (tidak hitam atau pucat). Tekan sedikit isi ikan dengan jari. Ikan segar tidak akan meninggalkan bekas setelah dit...
Untuk mengatasinya, rendam ikan dalam susu segar selama setengah jam sebelum dimasak. Hasilnya ikan akan berasa enak dimakan.