Rebus seketul arang (abu kayu) bersama sotong kering hingga lembut. Tos dan bersihkan sotong. Terus boleh dimasak.
Jemur kulit durian hingga kering dan kemudian tumbuk atau kisar hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan serbuk ini semasa merendam sotong kering selama setengah jam. Kemudian bersihkan sotong dan bil...
Ramas beberapa helai daun betik yang cukup tua. Rendam bersama sotong kering selama 1-2 jam. Kemudian bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.
Lumur daging atau ayam dengan sedikit cuka masakan dan perap selama sejam. Bilas hingga bersih.
Perap daging atau ayam dengan asam jawa, atau perahan limau nipis/kasturi/lemon, atau tepung gandum selama 10 minit. Bilas hingga bersih.
Jika ingin mengurangi bau cengkih, buangkan kepalanya.
Ambil tegung kanji, taburkan keseluruh tauge yang akan dibuang akarnya. Kemudian ramas perlahan-lahan dan tampi.
Bila dititiskan pada kertas akhbar, tidak melebar. Dikocak tidak berbuih. Tidak disukai semut. Dan menyala bila dibakar.
Semasa memasak daging perapkan daging dengan 1 sudu makan tairu selama 20-30 minit.
Jika adunan tepung melekat pada tempat ulian anda, simpan adunan di dalam freezer untuk beberapa minit kemudian bolehlah digunakan.
Untuk mengupas bawang putih dengan mudah, panaskan di dalam microwave over selama beberapa saat.
Untuk menajamkan pisau mengisar, kisar garam kasar.
Limau nipis atau limau kasturi akan mudah diperah jika dimasukkan ke dalam air panas selama 5-10 minit atau di panaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat.
Bersihkan peti sejuk anda dengan baking soda. Masukkan sedikit ke dalam air. Ia akan menhapuskan bau yg tidak enak dari dalam peti sejuk anda.
Untuk menjauhi serangga dari beras, letakkan beberapa helai daun pudina di dalam kampet beras.
Untuk memutihkan nasi, campurkan 2-3 titis jus lemon sebelum memasak.
Brokoli yg sudah kuning setelah disimpan berhari hari masih boleh digunakan. Masukkan brokoli di dlm mangkuk berisi air sejuk. Pastikan brokoli di dalam air yg penuh. Biarkan selama 1 jam. Brokoli and...
Jika ingin mengoreng kentang, rendam kentang yg dipotong di dalam air sejuk selama 1/2 jam. French Fries anda akan menjadi lebih ranggup.
Jangan simpan kentang bersama bawang. Ia akan cepat busuk.
Sebelum membakar kentang, rendam di dalam air garam selama 15 minit. Kentang akan lebih cepat empuk.