Daging Merah Ala Thai

Asyik makan Daging Merah kat kedai je, jom cuba buat sendiri. Puas hati sebab dapat banyak dan yang penting halal.


Prep time 30 minute(s) Cook time 127 minute(s) Total time 127 minute(s) Yield 5 serving(s)

Tips

1. Tips nak rebus daging sampai empuk, rebus dgn sudu. serius ni. Tak lawak.

2. Taknak guna pewarna pon boleh, sos cili dan sos tomato dah beri warna merah asli.

Ingredients

1 kg daging
4 liter air
Secukup rasa garam, gula, serbuk perasa, serbuk kunyit
Secukupnya minyak
Sebatang serai (diketuk)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
Segenggam cili api (diketuk)
3 sudu cili boh
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
2-3 sudu kicap
3 sudu jus limau
2 sudu tepung jagung + 1/2 cwn air air tepung jagung
1 sudu sos ikan
1 sk pewarna merah (ikut suka)
1 biji bawang besar (hiris bulat)

Instructions

1

Hiris daging & basuh bersih dengan cuka/limau nipis/asam jawa. lumur tepung & cuci bersih dengan air. rebus dengan 4 liter air sampai daging empuk.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Simpan air rebusan daging. keluarkan semua daging, lumur dengan garam & kunyit. goreng 2 minit, jgn goreng lama, cukup bg garing sikit je. tos minyak.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Ambil 4 sudu minyak tadi, tumis serai bawang putih & cili api. masukkan cili boh kacau sampai garing.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Masukkan daging & air rebusan daging(ikut nak kuah banyak mana).masuk semua sos,kicap,jus limau,sos ikan & pewarna merah.kacau rata sampai mendidih.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

5

Perasakan garam, gula & serbuk perasa. tambah air tepung jagung & bawang hiris. kacau 5 minit sampai semua sebati dan masak. tutup api dan hidangkan.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Recooks

Try recook this recipe and share with the owner and us

CookThis

Comment

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Follow and Like Us

in social media