Telur adalah salah satu makanan yang mempunyai pelbagai fungsi. Boleh dijadikan dadar, telur rebus, telur mata malahan juga digunakan untuk dibuat roti, kek dan sebagainya. Malah, jika anda terlalu lapar, hidangkan nasi panas, telur mata, kicap dan sedikit sambal belacan sudah memadai malah enak. Tapi perlu diingatkan makan telur setiap hari atau banyak kali boleh mendatangkan kemudaratan.
Meningkatkan kolesterol
Telur mengandungi lemak sekitar 200mg per butir. Penggunaan 6 butir dalam seminggu adalah batas maksimum yang dibenarkan. Namun jumlah ini juga harus diimbangi dengan aktiviti gaya hidup yang lebih dinamik. Jika tidak, tanpa sedar tubuh akan mengalami peningkatan kolesterol dan tingkatkan risiko sakit jantung.
Risiko diabetes
Kandungan lemak dalam telur juga boleh mencetuskan penyakit kencing manis, terutama pada wanita. Makan telur ayam setiap hari membuat lelaki berisiko 55% mengalami diabetes jenis dua manakala wanita kira-kira 77%.
Hasilkan jerawat
Telur juga boleh membuat kulit kita terkumpul minyak atau mengalami jerawat hormon. Telur sama halnya seperti kacang dan makanan pedas, sama-sama boleh mencetuskan munculnya jerawat di kulit.
Menambah berat badan
Kerana kandungan lemaknya tinggi, telur juga boleh membuat kita menambah berat badan. Jika wanita atau sesiapa yang inginkan kenaikan berat badan, cuba makan telur 2-3 kali sehari nescaya ianya berkesan.
Ketidakseimbangan hormon
Penggunaan terlalu banyak telur membuat hormon mudah turun naik. Apalagi pada wanita. Penggunaan protein haiwan ini sebaiknya diatur dengan makan lebih banyak sayur dan buah untuk mengimbangi kesan sampingnya.
Menimbulkan alergi
Bagi anda yang mudah alergi makanan, telur jenis tertentu (telur tiruan) boleh membuat kita mengalami alergi. Bila anda ingin menggunakan telur, selalu perhatikan aadakah telur anda berkualiti baik, tidak busuk, kulitnya tidak retak dan sebagainya. Hal ini boleh mengelakkan anda daripada mengambil telur tidak bersih.