Khasiat Kunyit

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
Norsheilasalleh
Description

Boleh menghilangkan :-

# masalah jerawat di muka
-tumbuk kunyit hidup, campurkan asam jawa dan sedikit air. Setelah ramuan sebati, sapu pada seluruh wajah selama 20minit. Amalkan selalu, pasti jerawat susah nak singgah

# masalah tidur berdengkur
-hiris nipis 2 ruas kunyit hidup, masuk dalam air suam. tambah 2 sudu madu dan kacau sebati. Amalkan minum setiap kali sebelum tidur

# menghilangkan gatal ulat bulu
-parut atau hiris nipis, gaulkan bersama kapur sirih dan air. masak atau panaskan campuran itu selama 2-3 minit. Selepas sejuk, sapu pada bahagian bengkak dan terasa gatal. Pasti akan beransur hilang

# merawat kulit melecet
-hiris nipis kunyit dan gosok perlahan pada bekas yang melecet

# merawat kudis kecil
-ambil sebuku kunyit dan tumbuk halus. kemudian campur dengan 4 sudu minyak kelapa. Panaskan semua bahan selama 3 minit, selepas sejuk. Boleh sapu pada bahagian luka dan kudis

# menyembuhkan selsema
-buang kulit kunyit, basuh dan sapu pada batang hidup orang dewasa ataupun bayi

# memulihkan tenaga wanita selepas haid (segarkan tenaga dan memulihkan sistem peranakan)
-basuh bersih satu ruas kunyit, tumbuk lumat dan rendam dalam satu bekas air suam. selepas 20minit, boleh diminum. Sebaiknya amalkan minum 2kali sehari diwaktu pagi dan petang.


Follow and Like Us

in social media