Jika anda seseorang yang memasak menggunakan herba segar (rosemary, thyme, basil), letakkan herba-herba tersebut di dalam bekas berisi air (seperti bunga) tepi tingkap dapur. Petik sebanyak mana yang anda perlukan dalam masakan, tukar air setiap hari dan herba anda akan tahan lebih lama daripada disimpan dalam peti sejuk.