1. Golekkan menggunakan tangan
Untuk mendapatkan lebih banyak jus daripada buah limau atau lemon, golekkan buah tersebut dengan kuat menggunakan tapak tangan. Kemudian, anda boleh potong dan perahkan jusnya. Jus yang diperoleh akan lebih banyak.
2. Panaskan dalam microwave
Panaskan buah tersebut di dalam microwave dalam masa 10 - 15 saat. Dengan cara ini, anda akan dapat lebih banyak jus daripada buah limau atau lemon itu.