Kupas kulit halia menggunakan sudu. Biasanya kita akan kupas kulit halia menggunakan pisau. Tapi, dengan menggunakan pisau, kita akan lebih banyak membazir. Apa kata gunakan sudu untuk mengikis kulit halia. Kulit halia lebih mudah dikikis dan dapat mengelakkan pembaziran isi halia kerana kita hanya membuang kulit dan bukannya isi.