#izzytips: Buat Breadcrumbs From Scratch

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
Izyan MasterChef
Description

JANGAN! Jangan bazirkan roti yang dah nak expire tu! Selalu roti burger dengan roti hot dog laa kan yang berbaki..sebab satu pack banyak tapi makan 2-3 je (untuk family yang tak ramai)...jenuh juge hari-hari nak makan hot dog kan!

Jadi Izyan share kat sini #izzytips untuk buat breadcrumbs from scratch menggunakan lebihan roti.


Instructions

Cara-cara mudah je :

1. Anda boleh pakai apa sahaja leftover roti - baguette, roti 4 segi, roti hot dog (seperti contoh gambar)

2. Bakar roti di dalam oven pada 150C dalam 8-10 minit (sehingga roti kering tetapi belum terlalu perang) - kalau nak chop dulu baru bakar pun boleh, Roti lagi cepat kering. Malas nak pasang oven? Takda masalah, boleh toast atas flat pan 

3. Cubekan roti kecik-kecik. 

4. Masuk dalam processor, blender pon boleh, dan zass!! Ikut kehalusan yang anda prefer. Masukkan dalam tupperware kedap udara dan simpan dalam fridge. Haa kan tak membazir tu!



Follow and Like Us

in social media