Biasanya bila kita terlebih masak nasi, bakinya boleh dibuat nasi goreng pada waktu malam atau keesokan paginya tapi pembaziran selalu berlaku bilamana lebihan nasi mudah basi.
Bagaimana mengekalkan kesegaran nasi?
Antara petua yang saya cuba dan memang menjadi :
1) Cuci beras dengan bersih.
:: selalunya saya bilas 3 kali. Tapi sekarang saya bilas sehingga 5 kali dan hasilnya memang memuaskan.
2) Elakkan air dari penutup periuk menitis semula ke dalam nasi.
Apa-apa pun, jenama beras juga mempengaruhi kualiti nasi yang ditanak. Selamat mencuba ^^