Apabila semakin lama digunakan, papan pemotong akan menimbulkan kesan kehitam-hitaman pada permukaannya. Untuk membersihkannya, gosok permukaan papan itu dengan kertas pasir. Kemudian alirkan air bersih ke permukaannya beberapa minit. Selepas itu gosokkan pula permukaan itu dengan limau nipis yang telah dihiris kecil-kecil. Akhir sekali, bilas dengan air putih sekali lagi.