Biasanya kalau masak brocoli,brocoli mudah nampak kekuningan.Maka untuk mengatasinya dan mengekalkan kesegarannya,masak air dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan brocoli ke dalam periuk selama 2 minit.
Setelah itu,terus keluarkan brocoli dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi air sejuk dan ais.Air rebusan tadi jangan dibuang. Boleh digunakan untuk memasak brocoli.Tumis semua bahan,dan gunakan air rebusan tadi.Apabila hampir masak,baru masukkan brocoli yang berada di dalam air ais..Sebatikan dan tutup api.