Sayur-sayuran mengandungi Vitamin B dan C yang larut air. Oleh itu, untuk mengekalkan nutrien tersebut agar tidak hilang, cuci dahulu sayur-sayuran sebelum dipotong. Jika kita memotong dahulu sayur-sayuran sebelum dicuci, vitamin larut air tersebut akan hilang bersama air basuhan. Sayur-sayuran yang telah dipotong juga jangan direndam di dalam air. Seeloknya tutup tudung periuk semasa memasak sayur agar nutrien tidak hilang bersama wap. Kuah sayur juga elok dihirup kerana banyak khasiat terlarut di dalamnya.