Cara-Cara Nak Hilangkan Lendir Dan Bau Hanyir Ikan Patin

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
Nurulhidayu
Description

Daun pisang?? asam keping?? garam kasar?? apa pula kaitannya dengan ikan air tawar??

Inilah yang selalu dilakukan oleh famili ku. Bagi menghilangkan hanyir dan lendir pada ikan, daun pisang dikoyak-koyakkan di campur bersama garam kasar dan juga asam keping. Kesemua bahan tersebut dilumur pada ikan air tawar. Hasilnya sangat bagus. Bau hanyir dan lendir pada ikan hilang. Boleh juga menggunakan asam jawa, tapi kesannya kurang memberangsangkan. Hidangan yang disediakan pula tidak akan berbau malah akan menaikkan selera anda. Apalagi, cubalah. Mungkin yang mana tidak makan langsung ikan air tawar, selepas ini boleh mencuba keenakan dan kelazatan ikan air tawar. Tambah-tambah lagi apabila dibuat pekasam. Semoga petua yang saya berikan, dapat digunakan. Kebersihan separuh daripada iman, bukan sabar sahaja


Follow and Like Us

in social media