Kupang Masak Sup Ala Thai

Saya mula ingin memasak sup ini setelah saya mencubanya di beberapa restoran Thai, dan ingin mencubanya sendiri di rumah. Sungguh tak sangka saya dapat mereka hidangan ini dengan profile rasa yang sama. Hidangan ini sesuai dimakan bersama nasi putih, atau toasted garlic bread. Selamat Mencuba!! ;)


Prep time 5 minute(s) Cook time 15 minute(s) Total time 20 minute(s) Yield 5 serving(s)

Tips

- Gunakan Kupang yang segar untuk rasa sup yang lebih lemak dan tidak berbau hanyir.
- Jangan gunakan garam yang berlebihan, kerana kupang sudah mempunyai keasinan yang semulajadi dari laut.
- Boleh juga perahkan sedikit Limau Nipis semasa ingin menghidangkannya kepada tetamu.

Ingredients

3 kg kupang segar
2 batang serai
Sebesar ibu jari halia
7 ulas bawang putih
4 biji bawang merah kecil
7 batang cili api
Segenggam daun sup
4 keping daun limau
Secubit garam
1 sudu besar gula
4 sudu besar minyak canola / sayur / sawit

Instructions

1

Bersihkan kupang dengan air paip sebanyak 3 kali, berus dan buang segala kekotoran yang melekat pada kulit kupang. Tarik keluar bulu kupang dan buang.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Titik kan / Ketuk serai, halia, bawang putih, cili api, dan cincang halus bawang merah. Sediakan kuali dengan api sederhana besar.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah, serai, halia sehingga naik bau, kemudian masukkan bawang putih, tumis sehingga perang sedikit.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Masukkan cili dan air. Seterusnya masukkan garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

5

Setelah mendidih, masukkan kupang, daun sup yang dicincang kasar, dan daun limau yang telah dibuang urat tengahnya. Gaul rata.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

6

Setelah digaul rata. Tutupkan seketika dan biarkan mendidih selama 7 minit. Setelah 7 minit. Matikan Api, dan sedia untuk dihidang.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Recooks

Try recook this recipe and share with the owner and us

CookThis

Comment

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Follow and Like Us

in social media