Campurkan susu, garam, gula, telur ke dalam air di dalam bekas. Kacau sehingga semua bahan larut.
No comment yet. Be the first.
You must login/register to comment
Masukkan tepung dan uli sehingga lembut dan lengan terasa mengecil 2 inci dari saiz asal
Menguli sehingga menjadi doh, rehatkan doh selama 10 minit
Uli lagi selama 6 minit -8 minit (Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali –uli dan rehatkan doh)
Ehingga doh menjadi kenyal dan tidak melekat. Jangan risau kalau proses pertama terasa doh melekat di tangan.
Kalau ianya masih lembik lagi selepas kali kedua uli dan rehat, tambahlah sedikit tepung (1 sudu besar)
Bentukkan doh tersebut menjadi bebola kepada 10 biji dan salut dengan mentega atau marjerin. Perap selama 3 jam atau lebih.
Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min untuk menggelakkan mengecut semasa ditebar
Ambil satu keping yang telah dinipiskan dan diperap, bolehlah ditebar atau ditarik untuk mengelakkan koyak.
Tangan mesti sentiasa berminyak, apabila doh cukup nipis, renjiskan banyak sikit minyak dan lipat..
Kalau kurang minyak, doh mudah kering dan mudah terkotak di tengah-tengah
Panaskan pan dengan api sederhana. Letakkan sedikit minyak dan masak sehingga perang sambil terbalikkan roti.
Doh Roti Canai ini boleh disimpan dalam peti ais sehingga 2 hari.
Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp
Or login with:
Or register with:
No comment yet. Be the first.
You must login/register to comment