Ayam Masak Kicap Black Pepper Campak2

Antara resepi yang awal dipelajari dahulu kerana mudah disediakan dan sedap rasanya. Sesuai untuk anak-anak gadis yang baru berjinak-jinak untuk memasak.


Prep time 15 minute(s) Cook time 10 minute(s) Total time 25 minute(s) Yield 6 piece(s)

Tips

Penggunaan garam/gula bergantung kepada jenis dan amaun kicap yang digunakan. Memasukkan lebih bawang yang dipotong boleh akan menambahkan kesedapan dan manis pada masakan. Pastikan ia didih betul untuk elak lauk cepat menjadi basi.
Cili hijau akan memberi aroma ada masakan.
Penggunaan sos untuk memberi rasa masam, tidak perlu guna air asam atau tomato dalam masakan.
Rasa pedas datang dari lada hitam, jika mahukan lebih pedas tambahkan lebih lada hitam.
Amaun cili giling yang digunakan akan memberikan kepekaan kepada kuah.

Ingredients

6 potong ayam dipotong dan dibersihkan
3 sudu makan cili kering yang telah direbus dan dikisar
1 biji bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 batang serai dititik
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
Secukup rasa kicap manis/masin
Secukup rasa garam
Secukup rasa gula
1 cawan minyak untuk menggoreng
2 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji cili hijau dipotong panjang (optional)
Setengah cawan sedikit air (jika perlu)
2 sudu makan serbuk kunyit (untuk goreng ayam)

Instructions

1

Ayam yang telah dibersihkan dilumur dengan kunyit dan garam. Goreng hingga separuh masak. Ketepikan sebentar.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Gunakan minyak bekas goreng ayam tadi untuk menumis. Anggaran minyak berdasarkan banyak ayam dan kuah yang diingini.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Tumiskan bahan kisar (bawang besar, bawang putih halia dan cili kering yang telah direbus) hingga pecah minyak.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Masukkan serai, jintan manis, jintan putih, lada hitam. Tambahkan air jika ingin masakan anda berkuah. Didihkan.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

5

Bila mendidih, masukkan ayam, kicap, gula, cili hijau dan bawang yang di potong bulat. Didihkan lagi.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

6

Perasakan dengan garam. Tidak perlu garam jika penggunaan kicap sudah cukup masin. Siap untuk dihidang.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Recooks

Try recook this recipe and share with the owner and us

CookThis

Comment

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Follow and Like Us

in social media