Didihkan air dengan sedikit garam sebelum dimasukkan telur.
Masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu ke dalam masakan yang terlebih masin. Tunggu sehingga ubi kentang tersebut empuk sebelum dikeluarkan dari masakan tersebut.
Taburkan sedikit garam kasar di atas permukaan papan pemotong. Kemudian, perahkan air lemon ke atas permukaan papan tersebut dan bilas dengan air bersih.
Biarkan kek yang keras sejuk terlebih dahulu sebelum dibungkus dengan plastik kedap udara. Biarkan semalaman dan panaskan dalam ketuhar keesokan harinya.
Taburkan sedikit tepung gandum di atas gula melaka dan simpan gula melaka tersebut dalam bekas kedap udara.
Taburkan sedikit serbuk penaik di atas permukaan periuk atau kuali yang hangus. Tambahkan air panas dan rendam semalaman sebelum dicuci seperti biasa.
Masukkan sedikit kapur ke dalam acuan serbuk kunyit.
Masukkan beberapa keping asam gelugur/asam keping ke dalam gula. Cara lain adalah dengan memasukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam gula.
Panaskan kuali sebelum masukkan minyak untuk menggoreng. Pastikan juga, ikan digoreng dengan minyak yang banyak.
Masukkan serai atau daun pandan ke dalam hidangan nasi bagi menjadikan hidangan tersebut wangi.
Pastikan beras Basmathi direndam sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dicuci bagi memastikan ia kembang sepenuhnya apabila dimasak.
Sapukan sedikit garam di tempat yang melecur. Biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilaskan dengan air dan lap dengan tuala bersih.
Bungkuskan serai di dalam plastik dengan kemas sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Taburkan tepung gandum di kawasan yang terkena tumpahan minyak dan biarkan selama lebih kurang setengah jam sebelum dibersihkan.
Sebelum memasak hidangan kerang, rendamkan kerang tersebut dengan air berisi garam selama beberapa minit agar segala kotoran dapat disingkirkan. Selain itu, perahkan air lemon/air asam limau kastur...
Sekiranya bekalan elektrik tiba-tiba terputus dan peti ais tidak dapat digunakan, ikan boleh digaul dengan nasi sejuk dan garam untuk mengelakkan ianya daripada busuk. Cara ini berkesan sekurang-kuran...
Potong daging menjadi hirisan kecil bersesuaian dengan hidangan yang disediakan dan rebus dengan air sebelum dimasak untuk menjadikan daging cepat empuk.
Gunakan telur yang segar dan pilih telur dari jenis double A atau yang beratnya sekitar 60 gram sebiji. Saiz telur yang besar dapat meningkatkan kandungan cecair dan seterusnya menjadikan doh lembik.
Panaskan ketuhar sebelum membakar pada suhu yang telah dinyatakan dalam resepi dapat mengelakkan kek menjadi rosak.
Cara untuk memudahkan sisik ikan ditanggalkan ialah dengan merendamkan ikan di dalam air selama beberapa minit. Kemudian, kikiskan sisik ikan di dalam air tersebut.