Apabila merebus telur dalam kuantiti yang banyak, (terutamanya untuk tujuan kenduri kendara), masukkan telur-telur ke dalam plastik. Dalam bilangan 10/15 untuk satu plastik dan diikat. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam periuk yang berisi air. Rebus seperti biasa. Risiko untuk kulit telur retak akan berkurangan.