Masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu ke dalam masakan yang terlebih masin. Tunggu sehingga ubi kentang tersebut empuk sebelum dikeluarkan dari masakan tersebut.
Taburkan sedikit garam kasar di atas permukaan papan pemotong. Kemudian, perahkan air lemon ke atas permukaan papan tersebut dan bilas dengan air bersih.
Biarkan kek yang keras sejuk terlebih dahulu sebelum dibungkus dengan plastik kedap udara. Biarkan semalaman dan panaskan dalam ketuhar keesokan harinya.
Sebelum memasak hidangan kerang, rendamkan kerang tersebut dengan air berisi garam selama beberapa minit agar segala kotoran dapat disingkirkan.
Selain itu, perahkan air lemon/air asam limau kastur...
Sekiranya bekalan elektrik tiba-tiba terputus dan peti ais tidak dapat digunakan, ikan boleh digaul dengan nasi sejuk dan garam untuk mengelakkan ianya daripada busuk. Cara ini berkesan sekurang-kuran...
Potong daging menjadi hirisan kecil bersesuaian dengan hidangan yang disediakan dan rebus dengan air sebelum dimasak untuk menjadikan daging cepat empuk.
Gunakan telur yang segar dan pilih telur dari jenis double A atau yang beratnya sekitar 60 gram sebiji. Saiz telur yang besar dapat meningkatkan kandungan cecair dan seterusnya menjadikan doh lembik.
Cara untuk memudahkan sisik ikan ditanggalkan ialah dengan merendamkan ikan di dalam air selama beberapa minit. Kemudian, kikiskan sisik ikan di dalam air tersebut.