Cucoq Jagung Cicah Gulai Temenung

Gulai ikan masih berbaki, Jagung pun masih ada lagi, Apa lagi.. Pantun 3 kerat la pulak.. hehe..


Prep time 8 minute(s) Cook time 15 minute(s) Total time 23 minute(s) Yield 1 serving(s)

Tips

Boleh tambah kucai & taugeh dlm cucoq jagung tp sbb anak2 tak suka saya abaikan.

Ingredients

Bahan2 Cucoq Jagung
Dari 1 batang jagung isi jagung
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk kunyit
1 ketul kiub pati ikan bilis
Secukup rasa garam & gula
1 biji telur
Bahan Kisar
1/2 labu bawang besar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
Bahan2 Gulai Temenung
4 ekor ikan temenung dibersihkan
4 sudu besar rempah kari
1 tangkai daun kari
Dari asam jawa saiz sebesar bola pingpong air asam jawa
Secukup rasa garam & gula
Bahan Kisar
1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering direbus
Bahan Tumis
2 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
2 cm halia dihiris
1 sudu kecil halba campur

Instructions

Cara2 cucoq jagung
1

Dalam bekas besar satukan jagung, tepung, serbuk kunyit, garam & gula.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Pecahkan kiub ikan bilis, masuk dlm adunan tepung Masukkan telur.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Masukkan bahan kisar & kacau sebati. Tambah air jika perlu. Adunan mestilah sedikit liat & tidak cair. Biarkan adunan 10 min.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Panaskan minyak & jemputkan adunan tepung. Biar garing & balikkan.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

5

Apabila kedua2 belah garing, angkat & toskan minyak.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Cara2 gulai temenung
1

Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih & halia hingga garing. Masukkan halba campur. Kacau & terus masukkan bahan kisar.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Masukkan rempah kari & daun kari. Masak hingga kering & pecah minyak.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Masukkan air asam jawa & air secukupnya. Biarkan mendidih.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Masukkan ikan & masak hingga pecah minyak.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Recooks

Try recook this recipe and share with the owner and us

CookThis

Comment

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Follow and Like Us

in social media