Sambal Pengantin Singapura

Arwah mak dimasukkan ke hospital satu hari sebelum Aidilfitri. Sebelum pergi hospital, arwah sempat suruh saya salin resepi ni dan masak untuk esoknya. Katanya bahan dah ada, tinggal masak. Alahai first time masak sorang-sorang. Lepas takbir raya malam tu, pergi hospital melawat mak sambil bawak lauk ni. Dia bagitau apa yang kurang. Balik repair semula. Esok pagi bawak semula ke dia, baru puas hati. Ini antara resepi air tangan mak. Kalau saudara mara datang, ini yang di cari dahulu. Tiada yang sesedap yang arwah masak katanya. Al-fatihah untuk arwah mak.


Prep time 60 minute(s) Cook time 60 minute(s) Total time 120 minute(s) Yield 1 serving(s)

Tips

Resepi ini memerlukan persiapan awal 3 hari. Hari pertama untuk merebus bahan-bahan utama, hari kedua untuk menggoreng dan hari ketiga untuk menyiapkan rencahnya. Boleh disimpan lama dalam freezer.

Ingredients

Bahan Utama :
1 kg paru lembu
500 gram daging lembu
1 kg hati lembu
1 kg udang
Bahan Sambal:
1/2 biji bawang besar -dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 senduk cili kisar
6 batang serai - dikisar
3 inci lengkuas - dikisar
1 kg bawang goreng
1/2 cawan air rebusan udang
1/2 cawan air asam jawa
1/2 kilo cili kering - diporong serong dan direndam
4 sb gula merah
2 sb gula pasir
1 kotak santan
Secukup rasa garam

Instructions

Cara menyiapkan bahan utama
1

Rebus paru, hati dan daging hingga empuk. Toskan hingga kering.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Potong dadu bahan-bahan rebusan tadi dan gorengkan hingga masak.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Cara membuat sambal
1

Goreng udang sebentar. Angkat dan ketepikan.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Tumis bahan-bahan kisar . Apabila tumisan agak garing, masukkan air rebusan udang. Masak hingga naik minyak

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Masukkan cili kering yang dipotong serong. Apabila naik minyak, masukkan air asam jawa.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Santan kotak dicairkan sepatuh isinya dan dimasukkan ke dalam bahan tumisan.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

5

Masukkan paru, hati, daging dan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

6

Masukkan gula merah dan gula pasir.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

7

Bila dah separuh kering masukkan santan pekat and taburkan bawang goreng. Gaul rata

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

8

Masukkan garam dan biarkan hingga agak kering sedikit baru dipadamkan api.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Recooks

Try recook this recipe and share with the owner and us

CookThis

Comment

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Follow and Like Us

in social media