Mee Udang

Cari2 resepi mee udang jumpa mcm2 versi, kebykn versi mcm resepi mee bandung muar je, akhirnye resepi yg ni yg tersangkut. Bahan2 pun simple je. Cuma sy terpaksa ubah sukatan kentang & keledek dr resepi asal tu pun kuahnye pekat giler, dr nk wat 1/2 periuk sederhana dpt penuh seperiuk sbb topup air nk adjuz kepekatan kuah tu. Kalu ikut sukatan asal mau jd puding kuah nye huhuhu. Tapi resepi kuah ni mmg sedap, puas hati mkn, rasa mcm mee jawa pun ade


Prep time 10 minute(s) Cook time 30 minute(s) Total time 40 minute(s) Yield 6 person(s)

Tips

boleh guna keledek putih, tapi warna kuah kurang menarik

Ingredients

1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ~ dikisar
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inci halia ~ dikisar
3 batang serai ~ potong halus & dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
300g keledek kuning/3 biji sebesar lengan budak (resepi asal 2kg)~ direbus dan di lenyek halus
200g kentang/3 biji (resepi asal 1/2kg) ~ direbus dan dilenyek halus
1 biji telur ayam
200 gm udang kering ~ kisar (xletak, sbb nk rase manis udang basah)
2 s.besar paste tomyam
2 s.besar sos tomato (sy tambah)
20 ekor udang basah saiz sederhana
Secukup selera garam dan gula
Secukupnya air

Instructions

1

Panaskan minyak dalam periuk.
Tumiskan bawang hingga naik bau.
Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Kemudian masukkan keledek dan kentang lenyek tadi.
Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat (sy guna dalam 1.5 liter air).

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Masukkan telur ayam, paste tomyam, sos tomato, dan kacau hingga sebati.
Masukkan garam dan gula mengikut selera.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

5

Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang.
Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

6

Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Recooks

Try recook this recipe and share with the owner and us

CookThis

Comment

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Follow and Like Us

in social media