Masak Lemak Siput Sedut

Masa saya kecil-kecil dulu saya tinggal di Kuala Selangor, dan kuaters yang kami tinggal adalah di dalam hutan bakau. Apabila air pasang saya dan kakak saya akan kebelakng rumah di hutan bakau untuk mengutip siput sedut yang memanjat di atas pokok bakau. Sungguh seronok sekali kenangan yang tak dapat di lupakan. Kata emak saya bagus makan siput sedut ini kerana dia makan daun-daun kayu dan katanya lagi kalau kita makan siput ni kita pun sama mendapat khasiat daun kayu dan awet muda. Walaupun bukan kerana awet muda saya memang gemar memakan siput ini. Dulu tak payah beli ambil saja dibelakang rumah tapi setelah saya berpindah dan merantau tak jumpa lagi suasana yang sedemikian dan sekarang siput sedut memang boleh tahan harganya mencecah RM 10.00 sekilo. Nak buat macam mana nak makan beli jugalah.


Prep time 10 minute(s) Cook time 10 minute(s) Total time 20 minute(s) Yield 4 person(s)

Tips

Siput sedut di perap dulu dengan hampas kelapa semalaman agar rasanya lebih sedap dan tidak rasa berpasir apabila memakanya.

Ingredients

1 kg siput sedut
500 gram pucuk paku
20 biji cili padi
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
Secukup rasa garam
1 biji kelapa (3 cawan) santan
1 inci kunyit hidup

Instructions

1
Siput sedut di potong hujungnya dan di basuh bersih.

Siput sedut di potong hujungnya dan di basuh bersih.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Cilli api dan Kunyit di tumbuk halus dan masukkan kedalam periuk bersama daun kunyit dan siput sedut.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Biarkan sampai kering airnya dan masukkan santan.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Masukkan pucuk paku, garam dan asam keping. Setelah pucuk paku itu lembut diangkat dan dihidangkan.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Recooks

Try recook this recipe and share with the owner and us

CookThis

Comment

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Follow and Like Us

in social media