Kek Oren Gebu

Kek oren kek tradisional. My mom's favorite.


Prep time 0 minute(s) Cook time 60 minute(s) Total time 60 minute(s) Yield 5 serving(s)

Tips

Guna marjerin instead of butter, tekstur lebih cantik dan kek tak berapa kering & berderai.
Gunakan cawan teh (tea cup) untuk sukatan yg menggunakan cawan.

Category

Ingredients

1 cawan marjerin
3/4 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung kek / tepung naik sendiri (ayak)
5 sdb kordial sunquick berperisa oren
1 biji oren (parut kulit sahaja) parutan kulit oren

Instructions

1

Mula-mula panaskan oven dahulu dengan suhu 160°c (bergantung kepada saiz oven)

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Pukul marjerin dan gula halus sehingga kembang dan pucat.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Kemudian masukkan telur satu per satu sambil putar adunan lagi sehingga kembang dan sebati.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Selepas itu, masukkan sedikit demi sedikit tepung kek sambil digaul secara kaul balik sehingga tepung habis dan rata.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

5

Akhir sekali, masukkan Sunquick Oren dan parutan kulit oren kedalam adunan. Gaul rata dan terus tuang adunan kedalam loyang yang telah digris dengan marjerin atau dialas dengan baking paper dan bakar selama lebih kurang 40 ke 50 minit atau sehingga kek masak (bila cucuk lidi adunan xmelekat). Bila kek sudah masak, boleh dikeluarkan daripada acuan dan enak dihidangkan sebagai hidangan minum petang.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Comment

Nampak sedap! Boleh la try this weekend :)

9 years ago • Reply
Arianti Alias (author)

Simple je cara pembuatan dia. Selamat mencuba, kalau dah cuba, jangan lupa recook ya :D

9 years ago • Reply

Tu la..memang simple. Balik ni kena beli marjerin dulu la hehe. Sunquick kena check dulu ada ke tak. Kalau takde, letak orange juice pun ok gak kan? Hehehe. Orait! Insya Allah akan post recook ;)

9 years ago • Reply
Arianti Alias (author)

Saya tak pernah guna orange juice so tak sure. Hihi.. Btway, Selamat mencuba :)

9 years ago • Reply

Saya buat dulu mmg pakai buah oren je sebab banyak tak termakan hihi. Saya blend sebiji tapi ambil isi sahaja , buang biji.

Kulit saya letak dalam setengah biji tu, blend masuk sekali tapi buang layer putih dlm dia. Yg tu pahit :)

9 years ago • Reply
Arianti Alias (author)

Ikut kreativiti kann.. Sedap kan kek oren saya pun suka hihihi...

9 years ago • Reply

bahan bahan semua dah ada kat rumah. esok boleh try buat. hehe

9 years ago • Reply
Arianti Alias (author)

Selamat mencuba. Kalau dah cuba jangan lupa recook ya ;)

9 years ago • Reply

20

2 years ago • Reply

Terliur pulak. Dulu pernah buat, saya tak letak sunquick pun hihi

9 years ago • Reply
Arianti Alias (author)

Mak saya suka sangat oren sunquick huhu

9 years ago • Reply

Saya suka kek oren. Boleh cuba ni nanti.

9 years ago • Reply
Arianti Alias (author)

Sama dengan mak saya suka sangat kek oren hihi boleh cuba nanti yaa...

9 years ago • Reply

You must login/register to comment

Follow and Like Us

in social media