Saya seorang pemalas. So, saya masak pakai campak-campak dan yang simple-simple saja. At the end of the day, masakan saya tetap sedap dan mengenyangkan.
Resepi-resepi saya sesuai untuk orang-orang yang agak malas nak masak atau yang tak tahu masak atau orang-orang yang selalu tak ada masa untuk memasak sebab semuanya ringkas dan cepat untuk dimasak. :)
Ada masa saya akan jadi super rajin, dan terhasillah masakan yang mungkin mengambil masa berjam-jam lamanya di dapur.
Jemurkan ikan kering di tempat yang panas. Taburkan sedikit serbuk lada hitam (yang dah ditumbuk) ke atas ikan kering. Dengan cara ini, lalat tidak akan hinggap pada ikan kering dan ikan kering tahan...
Apabila membeli bahan-bahan rempah, simpan bahan-bahan tersebut di dalam botol kaca yang bertutup. Letakkan botol kaca di tempat yang kering dan jauh dari cahaya matahari. Bahan rempah boleh tahan sel...
Selepas membeli udang, cuci udang tersebut hingga bersih. Perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut dan simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais. Udang akan tahan lebih lama.
* Boleh digunakan juga untuk avocado
Perahkan jus lemon yang baru dipotong ke atas buah epal atau buah avocado yang baru dipotong. Kaedah ini akan melambatkan proses pengoksidaan buah-buahan tersebut...
1. Esen vanila
Keluarkan semua makanan dari peti ais. Bersihkan bahagian dalam peti ais tersebut dengan menggunakan kain basah. Apabila sudah kering, sapu sedikit esen vanilla, ros dan sebagainya pad...
Selepas menggunakan perkakasan dapur, bersihkan dengan sabun seperti biasa. Kemudian lap sehingga kering. Selepas itu, sapukan sedikit minyak pada perkakas dapur tersebut dan bungkus dalam kain atau k...
Untuk mendapatkan kelapa parut yang lebih segar untuk membuat kuih, anda boleh meletakkan kelapa tersebut di atas periuk yang berisi air panas (kukus). Biarkan wap itu menyerap ke dalam kelapa parut s...
Untuk memastikan cili kering yang tahan lebih lama, kisarkan cili anda dengan sedikit minyak masak. Selepas itu, panaskan cili tersebut dengan memasukkan sedikit garam hingga kering airnya. Kemudian s...
1. Mata nenas sudah tidak timbul lagi.
2. Jambul buah nenas mudah untuk ditanggalkan.
3. Warna nenas itu asli (sama ada kuning tua, kuning keemasan atau kuning kemerah-merahan).
1. Tangkai tembikai yang lebih berlingkar lebih manis
2. Tembikai yang mempunyai jarak belang yang sekata lebih elok
3. Warna belang tembikai yang lebih gelap lebih manis
4. Tembikai yang belang di...
Basuh daun kari dan keringkan. Selepas kering, leraikan daun kari dari tangkainya. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti ais. Daun akan tahan lebih lama dan bau nya pun masih ada.
Selepas membeli cendawan, keluarkan dari plastik. Pastikan cendawan tidak terkena air. Bungkus cendawan dalam surat khabar dalam kuantiti untuk dipakai setiap kali. Maksudnya bahagikan semua cendawan...
1. Simpan buah tomato di atas kaunter top, jauh daripada sinaran matahari.
2. Jangan simpan timun sekali dengan buah tomato. Ini akan menyebabkan timun cepat rosak
Nak buka botol sos spageti tapi ketat sangat? Pulas pulas pun tak jadi? Senang sahaja. Ketuk sedikit di sekeliling penutup botol tu dan cuba pulas. Dah pun terbuka. Senang kan?
Kalau anda nak menggunakan lidi pencucuk untuk makanan seperti sate dan kebab, sebelum mencucuk bahan-bahan yang nak dibakar, rendam lidi dalam air terlebih dahulu. Anda boleh rendam lidi dalam masa 2...