Saya seorang pemalas. So, saya masak pakai campak-campak dan yang simple-simple saja. At the end of the day, masakan saya tetap sedap dan mengenyangkan.
Resepi-resepi saya sesuai untuk orang-orang yang agak malas nak masak atau yang tak tahu masak atau orang-orang yang selalu tak ada masa untuk memasak sebab semuanya ringkas dan cepat untuk dimasak. :)
Ada masa saya akan jadi super rajin, dan terhasillah masakan yang mungkin mengambil masa berjam-jam lamanya di dapur.
Kupas kulit halia menggunakan sudu. Biasanya kita akan kupas kulit halia menggunakan pisau. Tapi, dengan menggunakan pisau, kita akan lebih banyak membazir. Apa kata gunakan sudu untuk mengikis kulit...
Biasanya, kalau kita basuh bekas makana plastik, akan ada bau makanan yang melekat di bekas makanan tu kan? Cara mudah untuk menghilangkan bau tu, selepas basuh, simpan bekas makana dengan meletakkan...
1. Golekkan menggunakan tangan
Untuk mendapatkan lebih banyak jus daripada buah limau atau lemon, golekkan buah tersebut dengan kuat menggunakan tapak tangan. Kemudian, anda boleh potong dan perahka...
1. Menggunakan microwave
Setkan hanya dalam 20 atau 30 saat dan kemudian berhenti. Kacau coklat. Jika masih belum cair, masukkan kembali dalam microwave dan set hanya 20 atau 30 saat. Kemudian kacau...
Nak kek yang anda bakar lebih gebu? Mudah sahaja. Tinggalkan butter dan telur di suhu bilik semalaman. Jangan guna butter sejuk dan telur yang diambil terus dari peti sejuk. Kek anda akan menjadi lebi...
Sebelum memasak kupang atau kerang segar, rendam dalam air dicampur beberapa sudu tepung dalam 30 minit. Bila kupang atau kerang cuba menelan tepung, segala batu-batu kecil atau pasir akan dikeluarkan...
Selalunya kalau kita buat kek yang ada cip coklat, lepas bakar, mesti cip coklat nya mendap ke bawah. Cara untuk memastikan cip coklat tidak tenggelam ke bawah -- semasa mengadun bahan-bahan membuat k...
Biasanya kita akan beli halia yang bersaiz besar tapi dalam masakan kita akan guna sedikit sahaja. Apabila simpan di dalam peti, halia akan menjadi kecut. Cara mudah untuk simpan halia supaya tahan la...
Potong buah delima kepada 2 bahagian. Seboleh-bolehnya, potong bahagian kulit sahaja dan pulaskan hingga terbelah dua. Kemudian, pegang buah delima di atas mangkuk besar (bahagian terpotong menghadap...
Jika anda seseorang yang memasak menggunakan herba segar (rosemary, thyme, basil), letakkan herba-herba tersebut di dalam bekas berisi air (seperti bunga) tepi tingkap dapur. Petik sebanyak mana yang...
Gunakan batu lesung anda untuk mengasah pisau. Goreskan mata pisau anda satu bahagian secara menyenget dalam dua tiga kali, kemudian tukar ke bahagian yang lain pula. Tak perlu buat banyak kali. Pisau...
Apabila tangan anda berasa pijar selepas memotong lada atau pegang cili, basuh tangan dengan sabun dan keringkan tangan anda. Kemudian, rendam tangan anda ke dalam bekas berisi beras untuk beberapa ke...
Sentiasa pecahkan telur pada permukaan yang rata. Jangan sesekali pecahkan pada tepi mangkuk atau kuali. Jika tidak, serpihan kulit telur berkemungkinan besar akan masuk dalam telur atau telur anda ak...