Ada sesetengah pari yang berbau hancing sedikit. so korang kene pilih betul betul. susah nak tengok actually. tapi better masa nk masak pari tu cuci dengan air asam jawa and rendam selama beberapa min...
Masa masak maggi kari tu, sukatlah air dalam 1 mangkuk. jangan letak air banyak sangat nanti kuah dia jadi tawar and cair. nak sedap lagi? bubuh cili api yang dah ditumbuk. letak minyak sikit, tumis c...
Gunakan air panas untuk lembutkan jejemput.
Buah durian memang sedap dimakan. Tapi kalau simpan dalam peti sejuk, bau nya sangatlah kurang enak. Untuk hilangkan bau durian tersebut, letakkan beberapa keping roti dalam setiap penjuru peti sejuk....
Jika adunan tepung melekat pada tempat ulian anda, simpan adunan di dalam freezer untuk beberapa minit kemudian bolehlah digunakan.
Untuk mengupas bawang putih dengan mudah, panaskan di dalam microwave over selama beberapa saat.
Untuk menajamkan pisau mengisar, kisar garam kasar.
Limau nipis atau limau kasturi akan mudah diperah jika dimasukkan ke dalam air panas selama 5-10 minit atau di panaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat.
Bersihkan peti sejuk anda dengan baking soda. Masukkan sedikit ke dalam air. Ia akan menhapuskan bau yg tidak enak dari dalam peti sejuk anda.
Untuk menjauhi serangga dari beras, letakkan beberapa helai daun pudina di dalam kampet beras.
Untuk memutihkan nasi, campurkan 2-3 titis jus lemon sebelum memasak.
Brokoli yg sudah kuning setelah disimpan berhari hari masih boleh digunakan. Masukkan brokoli di dlm mangkuk berisi air sejuk. Pastikan brokoli di dalam air yg penuh. Biarkan selama 1 jam. Brokoli and...
Jika ingin mengoreng kentang, rendam kentang yg dipotong di dalam air sejuk selama 1/2 jam. French Fries anda akan menjadi lebih ranggup.
Jangan simpan kentang bersama bawang. Ia akan cepat busuk.
Sebelum membakar kentang, rendam di dalam air garam selama 15 minit. Kentang akan lebih cepat empuk.
Gunakan telur yg sederhana atau sederhana besar ketika membuat kek. Jangan gunakan telur yg terlalu besar kerana ia akan membuat kek anda “tenggelam” setelah sejuk.
Masukkan telur di dalam periuk berisi air sejuk bercampur garam. Jika ia tenggelam, telur itu masih segar atau baru. Jika timbul, seeloknya tidak disimpan.
Hindarkan cicak dari dapur atau bahagian lain dirumah anda. Bersihkan kulit telur and letakkan di tempat tempat yg anda inginkan. Bau dari kulit telur itu dpt menghindar cicak dari berkunjung.
Tomato yg terlalu ranum dan sedikit lembik boleh menjadi ranggup. Rendam tomato yg ‘over-ripe’ di dalam air sejuk dicampurkan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
Untuk meranumkan tomato yg masih hijau, masukkan tomato dan pisang ke dlm plastic ziploc dan biarkan selama 2 hari. Tomato anda akan ranum.