Ambil sebekas hampas kelapa dan gaulkan dengan siput sedut yang masih hidup itu, biarkan semalaman. Esoknya, barulah anda mula mengerat hujung cengkerang siput sedut itu sebelum dimasak. Bau lumpur da...
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan sampai berbuih. Buangkan buih tersebut dengan senduk sehingga habis. In sha Allah, kolesterol dan bau hamis daging dapat dikurangkan.
Gunakan sagu biji untuk memekatkan bubur. Masukkan sagu sebaik sahaja santan mula mendidih. Tapi, pastikan sagu dibersihkan terlebih dahulu dengan air bersih. :)
Cili merah, cili hijau, cili padi dan tomato digoreng terlebih dahulu. Kemudian, barulah ditumbuk bersama belacan yang sudah digoreng. Perahkan asam limau, pasti rasanya lebih sedap.
Masukkan terung dalam masakan yang menggunakan petai.
Rendamkan petai yang telah dipotong dengan air basuhan beras selama sejam. Kemudian bilas dengan air bersih dan bolehlah dimasak.
Masukkan beberapa tangkai lada kering di atas periuk nasi. Nasi hangit tidakakan berbau.
Ambil semangkuk air dan letakkan di tengah-tengah periuk nasi. Tutupkan dan angkat keluar apabila bau sudah hilang.
Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.
Masukkan sehelai daun sirih atau sekeping roti ke dalam periuk nasi sebaik sahaja nasi sudah kering. Keluarkan apabila baunya sudah hilang.
Cuci dan masukkan kulit bawang ke dalam periuk nasi yang hangit.
Rebus peria terlebih dahulu tapi jangan terlalu lama. Toskan airnya dan masakseperti biasa
Bancuh 1 sudu garam dengan semangkuk air . Masukkan peria yang telah dipotong dan biarkan selama 5-10 minit. Toskan dan sedia untuk dimasak.
Rendam peria yang telah dipotong ke dalam air beras sejam sebelum dimasak.
Untuk mengelakkan masakan melekat pada kuali ketika menggoreng, tabur dahulu sedikit garam sebelum masukkan bahan yang hendak digoreng.
Semasa membeli timun, pilihlah hujungnya lebih kecil daripada bahagian kepala. Selain itu, selepas dicuci, potong sedikit bahagian hujungnya dan gesel-geselkan pada permukaan yang dipotong sehingga...
kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.