Sebelum menggoreng ikan, tumiskan bawang merah dan mula menggoreng ikan seperti biasa. Cara ini akan membuatkan rasa ikan goreng tersebut lebih ebak dan bau hanyir pun kurang.
Jika anda menghadapi kesulitan untuk membuka penutup botol yang ketat, anda bolehlah menggunakan glove getah untuk membukanya.
Untuk mengekalkan kesegaran taugeh, simpan di dalam bekas yang berisi air bersih dan tertutup semasa menyimpannya di dalam peti.
Untuk menghilangkan rasa masin dalam masakan anda, anda bolehlah masukkan ubi kentang dimana ia akan menghilangkan rasa masin tersebut.
Jika sayuran anda telah layu dan kesegarannya telah hilang, rendamkan ia dengan cuka seketika untuk mngembalikan kesegarannya semula dan juga membuang kotoran pada sayuran anda.
Cara untuk memudahkan mengopek kerang ialah dengan memasukkan sedikit minyak masak ke dalam air rebusan kerang. Kerang akan terbuka sedikit dan akan memudahkan proses pembukaan apabila hendak makan n...
Cara hilangkan bau hangit makanan ialah dengan memasukkan dua tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian tutup periuk dan biarkan seketika. Bau hangit kan hilang sedikit demi sedikit.
Rebus ayam dengan air kelapa muda dahulu sebelum menggoreng untuk mengekalkan kelazatan pada ayam tersebut.
Sebelum mula menggoreng pastikan anda menyimpannya di dalam peti sejuk dahulu. Jangan biarkan ia dalam suhu bilik.
Letakkan satu sudu besi dalam periuk untuk mempercepatkan kacang empuk.
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk, dan yang paling teruk ialah badan terasa panas...
Kurangkan garam apabila memasak mee kerana mee tersebut rasanya sudah masin. Jika memasak mee digalakkan kurangkan penggunaan garam supaya masakan tidak terlampau masin.
Untuk rasa puding roti yang lebih enak, gunakan susu cair dan separuh fresh milk. Rasanya akan lebih enak.
Untuk rasa yang lebih enak biarkan sos colek yang anda buat sendiri selama 10 minit dalam peti ais. Kicap akan menjadi pekat dan sebati dengan gula dn garam.
Untuk kekalkan kesegeran lobak, rendam lobak dalam air & simpan dalam peti sejuk. INsyaAllah lobak tak kecut.
Untuk mengekalkan kesegaran cili dan tahan lebih lama. Pastikan anda membuang tangkainya dahulu. Kemudian simpan sama ada dalam peti atau dalam suhu bilik.
Untuk hilangkan bau hanyir telur. Campurkan beberapa titik esen vanila. (ikut kesesuaian masakan)
Untuk mengekalkan sayuran supaya tahan lebih lama. Jika di dalam peti, bungkuskan sayuran dengan surat khabar supaya sayuran tersebut kekal lembap dan tidak mudah kering. Jika diletakkan di luar peti,...
Untuk menghilangkan bau dan rasa pedas pada mesin setelah mengisar cili boh dengan menggunakan sedikit air suam. Campurkan air suam dengan sedikit garam kasar dan blend. Blend sehingga berbuih dan bas...
Rendamkan ubi kentang yang direbus ke dalam air sejuk yang berisi ais. Kulit ubi akan mudah dikupas hanya menggunakan tangan sahaja. Isi ubi kentang juga tidak akan terbazir.